Kehidupan peribadi Dominic Howard

Pada 2004, bapa Howard, William Howard, datang ke Glastonbury Festival untuk manyaksikan persembahan Muse. Selepas sahaja tamat persembahan, William mati akibat serangan jantung. Kumpulan tersebut membatalkan persembahan mereka termasuklah persembahan yang bakal berlangsung di Itali dan Roskilde Festival. Kumpulan ini mengeluarkan kenyataan "dalam masa yang sukar ini, kami meminta agar privasi buat keluarga dan sahabat Howard dihormati".

Dalam satu sesi soal jawab beliau dan Bellamy bersama peminat, Howard menyatakan selebriti, hidup atau mati, yang paling ingin beliau temui adalah Jimi Hendrix.[4] Pernah memiliki seekor anjing diberi nama Hendrix. Walau bagaimanapun, anjing itu bukan miliknya lagi.[5]

Pada 26 September 2008, Howard, bersama Bellamy and Wolstenholme, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat dalam bidang seni dari University of Plymouth.[6]